GOMBAK – Polis sedang mengesan seorang wanita selepas disyaki mendera anak kandungnya berusia tiga tahun dalam kejadian di Batu Caves, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima semalam daripada nenek mangsa yang tinggal serumah dengan kanak-kanak berkenaan.
“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada awal bulan Mac lalu kira-kira pukul 8 malam.
“Sewaktu kejadian pengadu berada di rumah telah terdengar tangisan cucunya disyaki didera oleh ibu kandungnya sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Motif kejadian masih dalam siasatan,” ujarnya.
Noor Ariffin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Amirul Ashyraf Abu Hassan menerusi talian 019-3491233 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak ditalian 03-61262222. – KOSMO! ONLINE














