fbpx
Pemain tengah TFC, Mohammad Saiful Jamaluddin (kiri) diasak keras pemain Negeri Sembilan pada aksi Liga Super berakhir seri 2-2 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, malam ini.

Liga Super: TFC gigit jari diikat Negeri Sembilan 2-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) gagal mempertahankan kelebihan dua jaringan awal selepas sekadar terikat 2-2 dengan Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini sebentar tadi.

Tuan rumah yang bermula garang apabila menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama namun kelebihan itu tidak kekal apabila pelawat bangkit menyamakan kedudukan pada penghujung perlawanan.

Jaringan penyamaan yang terhasil kira-kira 10 minit sebelum wisel penamat turut mencetuskan kekecohan antara pemain kedua-dua pasukan.

Terdahulu, TFC membuka tirai jaringan seawal minit ke-16 menerusi pemain import, Yann Mabella yang melakukan gerakan solo sebelum menewaskan penjaga gol lawan, Muhammad Azri Abdul Ghani.

Momentum itu diteruskan apabila TFC menambah gol kedua pada minit ke-33 hasil rembatan Careca selepas menerima hantaran lintang daripada Gervane Kastaneer.

Bersambung babak kedua, pelawat akhirnya menemui gol pertama pada minit ke-77 apabila Joseph Esso menyempurnakan sepakan penalti, kemudian jaringan penyamaan hasil situasi kelam-kabut di hadapan pintu gol TFC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN