fbpx
ZAMBRY Abdul Kadir (empat dari kiri) berswafoto bersama pelajar semasa Majlis Lawatan Kerja Menteri Pendidikan Tinggi ke UniMAP, Pauh Putra, Arau hari ini.

Syarat wajib Bahasa Melayu, Sejarah dalam proses perbincangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ARAU – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) masih dalam proses perbincangan berhubung syarat wajib Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum pelajar aliran sekolah bukan pendidikan nasional memohon ke universiti awam (UA).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, satu pertemuan diadakan pada minggu lalu bersama semua pihak terlibat bagi membincangkan perkara tersebut secara menyeluruh.

Kata beliau, pelaksanaan tersebut juga akan melibatkan semua sekolah yang tidak menggunakan kurikulum kebangsaan.

“Ini termasuklah sekolah antarabangsa, sekolah agama, aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), sekolah aliran Arab dan kursus-kursus lain. Jadi ini semua akan diambil kira.

“Kerajaan akan pastikan supaya mesti ada penyelesaian menyeluruh dan tidak melibatkan hanya satu aliran sahaja, kita tak nak ambil pendekatan ad-hoc,” katanya selepas Majlis Lawatan Kerja Menteri Pendidikan Tinggi ke UniMAP, Pauh Putra, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kenyataan Zambry yang berkata, syarat wajib mengambil Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum membolehkan pelajar daripada aliran sekolah bukan pendidikan nasional memohon ke UA.

Jelas Zambry, proses perbincangan tersebut juga belum dimuktamadkan sepenuhnya dan proses teknikal masih lagi berterusan.

“Dalam masa sama, kita juga mengambil pendekatan untuk mengutamakan semua permasalahan rakyat termasuk melibatkan sistem pendidikan sedia ada di negara ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN