fbpx

‘Tiada dendam tersisa’- Kemelut Ameng, Liza Hanim selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kemelut yang melanda dua penyanyi popular, Ameng Spring dan Liza Hanim akibat salah faham akhirnya menemui titik penyelesaian.

Menerusi hantaran dalam Instagram milik isteri Ameng iaitu Sabariah Zakariah, dia mendedahkan Liza sudah menghubungi Ameng untuk memohon maaf.

“Alhamdulillah pada petang Jumaat yang mulia ini, kemelut yang berlaku akibat salah faham antara Liza Hanim dan suami saya, Ameng Spring, kami anggap telah pun selesai dengan baik.

“Liza juga telah menghubungi kami secara peribadi untuk memohon maaf atas apa yang berlaku. Kami hargai keikhlasan tersebut,” tulisnya.

Tambahnya lagi, mereka tiada dendam dengan Liza Hanim dan tiada lagi isu berbangkit.

“Sejujurnya kami okey sahaja selepas pertemuan dan penjelasan Ameng kepada pihak wartawan tentang perkara tersebut. Pada saya Ameng berhak mempertahankan diri. Apa sahaja tanggapan yang timbul daripada penjelasan itu, biarlah hanya Allah yang maha mengetahui.

“Kami memilih untuk tidak mengulas dan memanjangkan cerita. Pokoknya, tiada isu berbangkit dan tiada dendam yang tersisa. Yang berlaku biarlah berlalu dengan tenang.

“Kami mendoakan semoga Liza sekeluarga sentiasa berada dalam linkungan kasih sayang Allah, dikurniakan kebahagian, kejayaan, rezeki yang luas serta kesihatan yang baik dan berpanjangan,” tulisnya.

Dalam hantaran yang sama, Sabariah turut berkongsi tangkap layar mesej permohonan maaf Liza kepada pihak Ameng.

Baru-baru ini, Liza meluahkan rasa terkilan dalam media sosial selepas seorang penyanyi senior didakwa mengeluarkan kenyataan tentang juara tidak ke mana.

Berang dengan tindakan Liza, Ameng mendakwa Liza sengaja ingin mencari publisiti murahan dan ingin menumpang popularitinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN