fbpx
Ardell, Haroqs, Heliza dan Hazwani berlepas ke Barcelona, Sepanyol pada awal April lalu bagi menjayakan Global GSF 2.0. Foto MEDIA SOSIAL YAYASAN MAWADDAH

‘Bot saya dan Ardell rosak, dah tak boleh repair…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Bot saya dan Kak Ardell rosak, dah tak boleh repair (betulkan).”

Itu kenyataan ringkas pempengaruh, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs mengenai keadaan terkini mereka yang sedang menjayakan misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0.

Kenyataan itu dikongsikan Haroqs di media sosial miliknya, hari ini.

Hantarannya itu meraih perhatian para pengikutnya yang turut memberikan kata-kata semangat kepada pempengaruh berkenaan.

“Semoga ada kapal baru untuk kau orang. Amin… semoga selamat sampai Gaza,” ujar @Ainaa.atiey.

“Tabahlah Haroqs, moga Allah gantikan dengan yang lebih baik,” kata @Muazzainal.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, wajah-wajah ‘popular’ GSF edisi lalu, Ardell Aryana, Haroqs, Heliza Helmi serta adiknya, Hazwani kembali bagi meneruskan misi kedua pada 12 April ini.

Keempat-empat mereka yang juga pelakon dan pempengaruh berlepas ke Barcelona, Sepanyol dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 5 April lalu bagi menjayakan GSF 2.O. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN