fbpx
Gambar Hiasan

Dalam rumah tangga bila suami didera, tidak nampak kecederaan fizikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kecurangan pasangan melalui kehadiran orang ketiga serta sikap narsistik dikenal pasti antara pencetus utama keganasan rumah tangga di Selangor, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kes saban tahun.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata, sikap narsistik seperti enggan memahami emosi pasangan sering menjadi pencetus pertelingkahan sehingga berakhir dengan penderaan.

“Biasanya mangsa bagi kes keganasan rumah tangga disebabkan sikap narsistik adalah lelaki. Kebiasaanya kalau lihat kepada lelaki yang mengadu, kita tidak akan nampak sebarang kecederaan fizikal pada mangsa lelaki itu. Tidak dinafikan ada wanita yang lebih dominan daripada suaminya,” katanya pada sidang akhbar di lobi DUN Selangor, hari ini.

Menurut beliau, dalam kes melibatkan orang ketiga pula, wanita sering menjadi mangsa apabila mengetahui suami mereka berlaku curang.

Kosmo! semalam melaporkan kes aduan keganasan rumah tangga di Selangor menunjukkan peningkatan dengan jumlah keseluruhan 503 kes direkodkan dalam tempoh tiga tahun bermula 2023 hingga tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN