JAKARTA – Isteri kepada seorang anggota polis di Kota Kendari, wilayah Sulawesi Tenggara ditangkap khalwat di sebuah bilik sewa bersama seorang anggota tentera, lapor laman berita Tribunnews.
Penangkapan itu dibuat oleh suami wanita itu sendiri dengan ditemani beberapa anggota daripada pasukan Polis Poasia, Polis Kendari dan Briged Bergerak Polis Wilayah Sulawesi Tenggara, Jumaat lalu.
Ketika pintu bilik dibuka, lelaki yang ditangkap bersama wanita dikenali sebagai TR itu bersembunyi di sebalik almari pakaian.
Dalam video yang kini tular di media sosial, TR dilihat duduk santai di atas katil dan menafikan sebarang salah laku.
Dia mendakwa bahawa anggota tentera berpangkat prebet dan dikenali sebagai WI tersebut adalah bekas rakan sekelas kolejnya.
WI kemudiannya disoal siasat oleh pegawai Polis Tentera di tempat kejadian sebelum kedua-dua mereka diiringi ke kenderaan polis tentera.
Askar tersebut ditahan oleh polis tentera untuk siastaan lanjut, namun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan daripada mana-mana pihak mengenai kejadian itu. – AGENSI














