fbpx
Dangi (depan) ketika tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, pagi tadi. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

Dangi dituduh bunuh rakan Nepal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga Nepal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya di pekarangan kilang itik, bulan lalu.

Tertuduh, Dangi Chopilal,24, mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Nepal di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Akit.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Budha Bed Bahadur di pekarangan kilang antara pukul 11 malam hingga 11.30 malam di pekarangan kilang di Permatang Tinggi, Seberang Perai Tengah, 22 Mac lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Amalina Harun manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 16 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Terdahulu, media melaporkan seorang pekerja kilang pemprosesan itik warga Nepal direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan membunuh rakan senegaranya di Permatang Tinggi di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah pada bahagian badan akibat ditikam sebelum disahkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam (HBM).

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dan suspek yang juga pekerja di kilang sama dipercayai terlibat dalam pertengkaran mulut di bilik asrama.

Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian rusuk akibat ditikam dan susulan itu, pihak polis berjaya menahan suspek di kawasan asrama pekerja berkenaan selain merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN