fbpx
BANDAR Gothenburg, Sweden menggunakan teknologi tol aliran bebas yang canggih.

Tol moden MLFF kurangkan kesesakan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MENJADI antara negara terawal yang membangunkan teknologi Multi-Lane Free Flow (MLFF), Sweden boleh dianggap sebagai ‘makmal dunia’ bagi sistem tol moden.

Keberanian menghapuskan plaza tol fizikal, tanpa palang atau tanpa lorong khusus lebih awal daripada negara lain menjadi simbolik kemajuan kepada industri digital.

Tol aliran bebas sama ada di jalan raya atau jambatan dan terowong membuktikan Sweden serius mengatasi masalah kesesakan jalan raya terutama di plaza tol.

Menurut GlobalHighways, Sweden antara maju yang paling ke hadapan menggunakan teknologi MLFF yang bukan sahaja membuatkan proses pembayaran lebih efisien tetapi juga sistematik.

“Di bandar seperti Stockholm dan Gothenburg menggunakan sistem MLFF untuk mengurangkan kesesakan. Kamera yang dipasang pada gantri akan merakam nombor plat secara automatik (ANPR) dan bil akan dihantar terus ke rumah pemilik kenderaan setiap bulan.

“Beberapa jambatan utama di Sweden seperti Motala dan Sundsvall juga menggunakan sistem MLFF berasaskan kamera ANPR sepenuhnya.

“Sistem tanpa peranti (tagless) membuatkan Sweden lebih banyak bergantung kepada teknologi ANPR yang tidak perlu melekat apa-apa alat pada cermin kereta kerana alat (kamera) tersebut hanya melihat nombor plat sahaja

“Bagai lori berat (12 tan ke atas), Sweden menggunakan sistem elektronik masa nyata yang dipanggil Eurovignette,” lapor media tersebut.

ANTARA contoh teknologi MFLL yang digunakan di luar negara.

Sementara itu sebagai pengguna, Erik Johansson meluahkan rasa gembira apabila teknologi tersebut dapat menjimatkan waktu perjalanan ke tempat kerja tanpa perlu berdepan dengan situasi kesesakan lalu lintas.

Katanya, pemanduan juga boleh dibuat dengan lebih selamat dan tidak perlu untuk menukar laluan atau memperlahankan kenderaan ketika melalui plaza tol.

“Memang bagus teknologi ini diperkenalkan kerana pembayaran boleh dibuat secara automatik dan pemandu tidak perlu memperlahankan kenderaan untuk buat pembayaran.

“Kesesakan lalu lintas juga dapat dielakkan terutama pada waktu puncak kerana selalunya kesesakan sering berlaku di plaza tol,” katanya di Threads.

Bagi persatuan industri Perancis ASECAP (Association Européenne des Concessionnaires d’Autoroutes et d’Ouvrages à Péage), mereka menyambut baik teknologi MLFF kerana dapat mengurangkan pencemaran karbon dioksida.

“Apabila pemandu tidak perlu berhenti dan memecut semula (stop and go), jadi pembebasan karbon dioksida dapat dikurangkan dengan drastik di kawasan plaza tol,” ujar wakil persatuan itu.

Manfaat daripada pelbagai pihak jelas membuktikan teknologi MLFF tidak hanya memberi manfaat kepada masyarakat tetapi juga baik kepada alam sekitar.

Selain Sweden, negara lain yang turut menggunakan teknologi sama ialah Jerman, Perancis, Australia dan Hungary.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN