fbpx
ANAK kapal Amal melayan jemaah haji Malaysia ketika penerbangan kedua dari Kuala Lumpur ke Madinah.

Jemaah haji dilayan seperti ibu bapa sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADINAH – Para jemaah yang menaiki pesawat Amal untuk mengerjakan haji di Tanah Suci mendapat layanan mesra penuh kasih sayang umpama ibu bapa dan keluarga sendiri daripada kru penerbangan.

Meskipun tidak mengenali jemaah, pramugara dan pramugari Amal, anak syarikat Malaysia Airlines Berhad mengutamakan kebajikan penumpang warga emas dan membantu setiap keperluan seolah-olah menjaga keluarga sendiri.

Penyelia kru penerbangan Amal, Kamarul Hisham Kamarulzzaman, 59, berkata, pengalaman lebih 36 tahun dalam industri penerbangan banyak membentuk pendekatannya dalam menyantuni jemaah.

“Kami anggap mereka seperti ibu bapa sendiri. Sejak mereka memasuki pesawat hingga tiba di destinasi, kami cuba pastikan mereka selesa.

“Kami bantu dari segi tempat duduk, makanan serta keperluan lain,” katanya dalam penerbangan kedua haji membawa 284 jemaah dari Kuala Lumpur ke Madinah.

Dalam pada itu, seorang lagi pramugari, Nurjannahadibah Naim, 36, berkata, kebanyakan jemaah haji yang dibawa adalah warga emas, sekali gus memerlukan pendekatan lebih lembut dan penuh kesabaran.

“Ramai dalam kalangan mereka kali pertama menaiki pesawat. Kita faham perasaan itu, jadi kita cuba dampingi dan beri keyakinan supaya mereka tidak rasa keseorangan sepanjang perjalanan,” katanya.

Seorang lagi kru, Sharmila Rahman, 36, mengambil pendekatan berbeza untuk mencipta kenangan bermakna buat jemaah termasuk membantu merakam gambar mereka bersama pasangan atau rakan di dalam pesawat.

“Kita tak tahu bila kita tiada. Dapat pergi haji ini pun satu ibadah yang besar, jadi kita bantu abadikan momen dalam pesawat bersama pasangan atau keluarga supaya menjadi tanda kenangan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN