fbpx
Khaled Nordin ketika hadir melawat persiapan pameran DSA dan NATSEC Asia 2026 di MITEC, hari ini. Foto oleh SHIDDIQIN ZON/KOSMO!

DSA dan NATSEC 2026 kekal platform neutral buat negara terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Isu penyertaan syarikat dari negara yang dikaitkan dengan konflik termasuk dakwaan genosid tidak menjejaskan pendirian Malaysia dalam penganjuran pameran Defence Services Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan (NATSEC) Asia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan platform tersebut kekal bersifat neutral dan terbuka kepada semua negara.

Menurut beliau, DSA merupakan pameran perdagangan dan bukan medan politik untuk menentukan siapa yang layak menyertai.

Katanya, Malaysia sebagai negara berkecuali menyediakan ruang kepada semua pemain industri pertahanan mempamerkan teknologi masing-masing.

“Platform kita adalah platform neutral serta terbuka,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi walkabout pameran DSA dan NATSEC Asia 2026 di MITEC, hari ini.

Beliau menjelaskan, penyertaan syarikat antarabangsa tidak boleh disalah tafsir sebagai sokongan terhadap mana-mana konflik.

“Banyak syarikat luar telah lama beroperasi di Malaysia dan menjadi sebahagian daripada ekosistem industri.

“Setiap keputusan berkaitan perolehan aset pertahanan dibuat berdasarkan keperluan negara. Keputusan dibuat berdasarkan kualiti, teknologi dan kepentingan nasional,” ujarnya.

Menurutnya, DSA juga berfungsi sebagai platform diplomasi pertahanan yang menghubungkan pelbagai negara dan membuka ruang perbincangan termasuk isu keselamatan secara tidak rasmi antara delegasi yang hadir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN