fbpx
Mohamed Khaled pada sidang akhbar selepas sesi walkabout pameran DSA dan NATSEC Asia 2026 di MITEC, hari ini. Foto oleh SHIDDIQIN ZON/KOSMO!

Kerjasama ketenteraan negara serantau dengan AS tidak ancam Selat Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dakwaan bahawa kerjasama ketenteraan antara negara serantau dengan Amerika Syarikat boleh mengancam keselamatan Selat Melaka adalah tidak berasas.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, situasi di laluan perdagangan utama itu kekal terkawal dan stabil.

Katanya, Malaysia bersama Singapura dan Indonesia komited memastikan Selat Melaka kekal sebagai laluan perdagangan yang selamat.

“Situasi Selat Melaka berbeza dan kita komited memastikan laluan ini bebas serta selamat,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi walkabout pameran DSA dan NATSEC Asia 2026 di MITEC, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebimbangan berhubung peningkatan kerjasama ketenteraan di rantau ini.

Tambahnya, setiap kerjasama yang dijalankan mematuhi undang-undang antarabangsa dan prinsip keselamatan maritim.

Katanya, pendekatan tersebut memastikan tiada mana-mana pihak mengambil tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan kawasan.

Menurut beliau, Selat Melaka merupakan antara laluan perkapalan paling sibuk di dunia dan amat penting kepada ekonomi global.

Justeru, katanya, semua pihak berkepentingan mempunyai tanggungjawab bersama untuk memastikan laluan itu kekal aman dan tidak tergugat.

Terdahulu, Amerika Syarikat dan Indonesia mengumumkan kerjasama pertahanan menerusi ‘Perkongsian Kerjasama Pertahanan Utama’ yang mengesahkan komitmen kedua-dua negara untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau Indo-Pasifik.

Dalam kenyataan bersama, Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth dan Menteri Pertahanan Indonesia, Sjafrie Sjamsoeddin menegaskan kerjasama itu bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN