BANGKOK – Seorang nelayan di wilayah Satun, Thailand tular apabila membawa bot kecil dengan menaiki motosikal ke sebuah stesen minyak untuk mengisi petrol, lapor portal berita Thai Newsroom.
Dia berbuat sedemikian selepas pihak berkuasa Thailand mengharamkan penjualan bahan api dalam tong minyak.
Kebanyakan stesen minyak turut mengehadkan pengisian minyak iaitu maksimum 1,000 baht (RM123) untuk kereta dan 50 baht (RM6) untuk motosikal.
Memandangkan nelayan tidak dapat turun ke laut untuk menangkap ikan, langkah yang diambil mereka adalah mengangkut sampan ke stesen minyak demi mendapatkan bekalan bahan api.
Nelayan-nelayan di kawasan Laem Teppan berkata, beratus-ratusan bot terbiar disebabkan kekurangan bahan api.
Mereka menggesa kerajaan untuk mencari penyelesaian segera kerana setiap bot hanya menggunakan kira-kira 50 liter minyak, selain ingin menjana pendapatan dengan menangkap ikan. – AGENSI














