fbpx
Saifuddin Nasution melepaskan bongkah abu Al-Quran ke dalam laut pada Program Pemurnian Al-Quran Kementerian Dalam Negeri di sekitar perairan Pelabuhan Klang. FOTO/AFIQ RAZALI/KOSMO!

Ops Mulia: 6,620 bahan al-Quran disita, 1,758 premis diperiksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyita 6,620 unit teks dan bahan Al-Quran yang melanggar peruntukan undang-undang menerusi Ops Mulia sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Sitaan melibatkan pemeriksaan ke atas 1,758 premis di seluruh negara itu dengan nilai penguatkuasaan berjumlah RM378,171.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, operasi khas Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK) KDN itu bertujuan memastikan teks dan bahan al-Quran di pasaran mematuhi standard ditetapkan.

Tegas beliau, tindakan diambil jika terdapat naskhah atau mushaf al-Quran yang mempunyai kesilapan atau tidak mematuhi piawaian ditetapkan pihak berkuasa agama.

“Sebarang perubahan biarpun pada baris atau huruf boleh membawa maksud berbeza dan aspek integriti mushaf perlu dipelihara.

“Dalam tempoh Januari hingga 31 Mac lalu, sebanyak 44 kertas siasatan juga dibuka bagi tindakan lanjut termasuk pendakwaan atau kompaun,” katanya pada sidang akhbar program Pemurnian al-Quran KDN di sekitar perairan Pelabuhan Klang di sini, hari ini.

Menurut Saifuddin, penguatkuasaan tidak terhad kepada bahan bercetak namun meliputi mushaf dalam bentuk digital dan audio termasuk yang dijual di platform e-dagang.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, sebanyak 8,672 teks dan bahan al-Quran bernilai RM2.7 juta dilupuskan dalam proses pemurnian melibatkan pelepasan bongkah seberat 1.5 tan ke dalam laut.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN