fbpx
Suspek ditahan polis sebaik tiba di Stesen Tanjung Malim. IHSAN KTMB Berhad.

‘Kantoi’ ganggu penumpang ETS, suspek ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan pantas kru tren membawa kepada penahanan seorang lelaki disyaki terlibat dalam insiden gangguan seksual di dalam tren ETS 9055 bagi perjalanan dari Ipoh ke KL Sentral, semalam.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian itu berlaku semalam sebelum kru tren bertindak segera melaporkannya kepada pihak berkuasa.

“Sejurus menerima laporan daripada kru tren, anggota polis bertugas telah mengambil tindakan pantas dengan menahan suspek setibanya di Stesen Tanjung Malim,” katanya, hari ini.

Menurutnya, suspek kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut manakala mangsa diberikan bantuan sewajarnya sehingga selesai membuat laporan.

“KTMB memandang serius sebarang bentuk gangguan atau salah laku yang menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan penumpang. Kami kekal komited menyediakan persekitaran perjalanan yang selamat, selesa dan terjamin,” jelasnya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya segera melaporkan sebarang insiden kepada kru tren atau pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan pantas diambil.

Tambahnya, maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan boleh disalurkan kepada Pusat Pengumpulan & Penyaluran Maklumat Polis Bantuan KTMB di talian 03-2263 1194 atau terus kepada pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN