fbpx
Zamilah mengemas beg pakaian sebagai persediaan untuk berangkat menunaikan haji ketika ditemui di rumahnya di Kota Bharu semalam.

Tunai haji selepas menabung 30 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang pesara guru nekad untuk berangkat ke Mekah pada Sabtu ini walaupun keadaan di Asia Barat masih bergolak.

Zamilah Dollah, 62, berkata, pada mulanya dia berasa bimbang dengan konflik yang ketika ini melanda Asia Barat, namun reda dan berserah kepada Allah SWT agar segala urusan penerbangan dipermudah.

“Harapnya perjalanan semua jemaah haji dipermudahkan,” ujarnya.

Jelasnya, sebelum ini dia dua kali membuat rayuan untuk menunaikan haji selepas menabung dengan Tabung Haji (TH) selama hampir 30 tahun, dia sangat te­ruja apabila menerima panggilan untuk mengerjakan haji pada tahun ini.

Menurutnya, dia telah membuat rayuan untuk menunaikan haji pada 2007, namun tidak di­terima untuk menunaikan rukun Islam yang kelima itu pada tahun tersebut.

“Saya sekali lagi buat rayuan kedua pada tahun lalu selepas bersara. Alhamdulillah, rayuan diterima apabila pihak TH pada awal tahun ini memaklumkan saya akan ke Tanah Suci.

“Saya amat bersyukur dan gembira kerana dapat memenuhi syarat menunaikan haji tahun ini meskipun saya ke Tanah Suci seorang diri tanpa ditemani keluarga terdekat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Zamilah berkata, dia akan berangkat ke ibu negara dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini kira-kira pukul 11 pagi pada Sabtu ini.

“Saya mendoakan agar Allah SWT permudahkan sepanjang perjalanan saya sehingga selamat pergi dan pulang.

“Saya juga tidak berseorangan kerana ada juga guru-guru lain dari sekolah lama yang turut berangkat bersama pada Sabtu ini. Sejak seminggu lagi saya sudah membuat persiapan termasuk pakaian, peralatan dan dokumen perjalanan,” ujarnya.

Menurut Zamilah, dia sudah lama bercita-cita berhasrat me­nunaikan haji, tetapi ketika itu simpanan TH belum cukup.

Katanya, selepas hampir 20 tahun, dia mencukupkan simpanannya selepas bersara de­ngan kos berjumlah RM33,500 seperti yang ditetapkan TH.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN