fbpx
Antara warga asing yang ditahan dalam Op Sapu di sebuah apartment di Seksyen 14, Shah Alam. Foto oleh AFIQ RAZALI

Helah PATI urus bilik penginapan terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – “Saya jumpa kawan, tak kerja di sini”. Itu helah seorang lelaki warga Myanmar yang ditahan selepas dipercayai berperanan sebagai ‘orang tengah’ yang menguruskan bilik penginapan sebuah apartmen servis di Seksyen 14 di sini, semalam.

Suspek berusia 34 tahun itu diberkas dalam Ops Sapu dijalankan Jabatan Imigresen Selangor bermula pukul 1.15 tengah hari ketika mahu mahu menyerahkan kunci bilik kepada pelanggan di lobi premis terbabit.

Ketika ditahan, lelaki itu berulang kali merayu dilepaskan susulan hanya mahu berjumpa rakannya dengan dia bekerja di Rawang.

Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan menerima gaji RM2,000 sebulan bagi menguruskan kemasukan pelanggan yang menempah unit melalui platform secara dalam talian.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, seramai empat lelaki warga asing ditahan sepanjang operasi itu bagi pemeriksaan lanjut.

“Hasilnya, seorang lelaki warga Myanmar ditahan dengan siasatan awal mendapati telah suspek bertindak menguruskan pemberian kunci unit apartment itu sejak Ogos tahun lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan siasatan masih dijalankan bagi mengesan rantaian kegiatan yang dijalankan pendatang asing tanpa izin (PATI) itu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN