fbpx
Amirudin.

Saya bukan penternak atau pengimport babi – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Bekalan daging babi di Selangor kekal stabil dan mencukupi apabila keperluan semasa kini ditampung sepenuhnya melalui sumber import susulan penutupan hampir keseluruhan ladang ternakan haiwan itu di negeri berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri tetap mematuhi titah Sultan Selangor yang menetapkan tiada lagi penternakan ladang babi di Selangor.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai sumber negeri atau negara yang membekalkan daging babi berkenaan.

“Wallahuualam, saya bukan penternak atau pengimport babi.

“Setakat ini memang muktamad dan kita patuh titah Sultan Selangor bahawa tiada lagi penternakan ladang babi di Selangor,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan bekalan daging babi di Selangor.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah tidak berkenan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di negeri.

Justeru, baginda menyarankan agar pihak kerajaan dapat memberi lesen untuk pengimportan daging babi bagi menampung permintaan dan keperluan orang bukan Islam khususnya kaum Cina di Selangor sahaja.

Justeru, Baginda menyarankan agar pihak kerajaan dapat memberi lesen untuk pengimportan daging babi bagi menampung permintaan dan keperluan orang bukan Islam khususnya kaum Cina di Selangor sahaja.

Mengulas lanjut, Amirudin menjelaskan urusan pengimportan bahan makanan tersebut berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

“Saya percaya perkara itu telah berlaku dan daripada laporan yang saya terima setakat musim perayaan lalu, bekalan adalah mencukupi walaupun kita telah menutup hampir kesemua ladang babi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN