fbpx
DUA jaringan dilakukan Dembele membawa PSG semakin hampir untuk mempertahankan kejuaraan. - AFP

UCL: PSG bukti status juara bertahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Paris Saint-Germain (PSG) membuktikan status mereka sebagai pilihan utama apabila menyingkirkan Liverpool dengan kemenangan 4-0 secara agregat untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, PSG yang memiliki kelebihan 2-0 telah diasak hebat oleh tuan rumah di Anfield terutama pada separuh masa kedua sebelum Ousmane Dembele muncul wira dengan meledak dua gol untuk memastikan kemenangan bergaya buat pelawat.

Pengendali PSG, Luis Enrique menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti keupayaan sebenar pasukannya dalam misi mempertahankan trofi yang dimenangi pada musim lalu.

“Mempertahankan trofi UCL memang sukar, kami faham. Namun, kami sudah berada pada tahap yang sama (seperti musim lalu) dan perlu manfaatkan peluang yang ada.

“Rahsia kekuatan sebenar PSG bukan sekadar status juara bertahan, sebaliknya keyakinan tinggi yang dimiliki seluruh pasukan.

“Saya tidak tahu soal aura, tetapi pemain mampu bersaing dengan sesiapa sahaja dan penyokong pasti merasai perasaan yang sama,” katanya.

Mengulas lanjut, Enrique mengakui tidak terkejut apabila Liverpool bermain lebih agresif dengan pasukannya memanfaatkan ruang menerusi serangan balas pantas.

“Mereka perlu ambil risiko dan itu membuka ruang untuk kami melakukan serangan balas,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN