fbpx
Antara gambar Alias yang dikongsikan di media sosial Rosli Samat, hari ini.

Pengiring rapat Najib kini bergelar Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jasa diiktiraf, pengiring rapat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Alias Yahya menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, semalam.

Penganugerahan itu diberikan sempena istiadat memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-66 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat berkenaan telah berlangsung di Dewan Tun Razak, Temerloh Pahang.

Menerusi perkongsian Rosli Samat di media sosial, jasa Alias yang dikenali sebagai Pak Lias amat besar.

Malah, dia turut berseloroh tidak boleh lagi memanggil lelaki itu sebagai Pak Lias selepas menerima gelaran tersebut.

“Segala pengorbanan serta jasa beliau semenjak berkhidmat sebagai pengiring rapat Datuk Seri Najib Razak amat besar serta tidak ternilai.

“Sekalung tahniah buat Datuk Alias. Nampaknya lepas ni dah tak boleh panggil beliau Pak Lias lagi la,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN