fbpx
Tangkap layar beberapa video tular memaparkan kejadian tersebut.

Inspektor ‘skizo’ langgar lari anggota trafik direman 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan sebelum selepas disyaki terlibat dalam kes langgar lari anggota trafik pada 10 April lalu direman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, permohonan reman itu dibuat di bawah Seksyen 307(2) Kanun Keseksaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Menurutnya, dua kertas siasatan dibuka berkait kes terbabit di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan segera dalam tempoh reman dan akan dirujuk semula untuk sebarang pertuduhan,” katanya ringkas sebentar tadi.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan suspek berjaya ditahan sepasukan polis selepas aksi mengejar dari Jalan Cheras hingga ke Jalan Empat, Chan Sow Lin, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, suspek dikesan kira-kira pukul 3.45 petang oleh anggota Unit Kawalan Lalu Lintas Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur hasil risikan serta semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Suspek yang berusia 40 tahun disahkan mempunyai masalah kesihatan mental iaitu skizofrenia dan sedang menerima rawatan.

Pada 10 April lalu, mangsa, Konstabel Roslan Salleh, 27, dilanggar dari arah belakang oleh sebuah Perodua Axia ketika sedang mengawal lalu lintas di kawasan Jalan Sultan Yahya Petra menghala ke Pusat Latihan Polis.

Dalam Kejadian kira-kira pukul 10.47 malam itu, mangsa mengalami kecederaan di tapak tangan kanan, belakang kepala serta bahagian rusuk sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN