fbpx
AZAR sebak dan terharu menerima sumbangan RM40,000 hasil jualan sambil beramal bersama usahawan Datuk Aliff Syukri menerusi siaran langsung TikTok malam tadi.

Azar Azmi sebak, dapat ‘nyawa’ baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Simpati khalayak terhadap pelakon Azar Azmi melonjak ke tahap luar biasa meskipun kes penipuan melibatkan suaminya masih berlanjutan.

Buktinya, pemilik nama penuh Siti Azar Ameerah Azmi, 35, bukan sahaja tidak dicemuh, paling mengejutkan dia mendapat durian runtuh dengan habuan berjumlah RM40,000 hasil jualan sambil beramal bersama usahawan Datuk Aliff Syukri menerusi siaran langsung TikTok malam tadi.

Ibarat meraih talian hayat baharu selepas melalui titik hitam dalam hidup, Azar terharu dengan respons positif dan sokongan rakyat Malaysia terhadapnya.

“Tak sangka sebab saya menyangkakan semua orang benci saya.

“Terima kasih kepada semua yang berkongsi rezeki sebanyak ini dengan saya

“Sasaran hidup saya cuma nak hidup aman, langsaikan hutang dan fokus kepada anak-anak,” katanya.

Katanya, dia menegaskan bahawa tidak pernah berniat untuk menagih simpati ramai sebaliknya derma secara tunai yang diterimanya daripada Aliff dianggap sebagai rezeki daripada Allah SWT.

“Biar saya betulkan, sesi siaran langsung ini (semalam) dibuat bukan kerana niat yang bukan-bukan.

“Perkara ini tidak dirancang. Apa yang Aliff buat ini adalah rezeki sebab saya tiada pendapatan,” katanya lagi.

Azar juga memberitahu tidak mengetahui mengenai dirinya akan menerima derma daripada Aliff.

“Saya tahu dia akan buat siaran langsung setiap hari sebab ini punca rezeki dia tetapi tidak sangka dia kongsi rezeki dengan saya untuk teruskan kehidupan.

“Dia pelawa saya untuk buat sesi siarang langsung ini pun pada saat akhir,” tuturnya.

Semalam, Aliff memberi bantuan wang tunai berjumlah lebih RM40,000 kepada Azar dalam siaran langsungnya.

Menurut Aliff, bantuan dihulurkan adalah atas rasa impati terhadap nasib yang menimpa Azar yang kesempitan hidup ketika ini.

Terdahulu, nama pelakon drama Nur 2 itu menjadi bualan selepas dia dan suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, direman serta didakwa di mahkamah atas kes sama.

Begitupun, pelakon usia 37 tahun itu dibebaskan dan akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan bagi kedua-dua kes.

Dalam prosiding pada Mac lalu, suaminya mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan.

Mohd. Apri membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam dan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa menipu seorang lelaki berusia 56 tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran sebanyak RM270,811 secara dalam talian ke akaun bank milik seorang penama wanita berusia 35 tahun. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN