fbpx
Keadaan mangsa selepas terlibat kemalangan di Jalan Persiaran Putra Perdana, Putra Heights, 8 April lalu. IHSAN POLIS

Penunggang maut, motosikal dihimpit Vellfire sebelum dilanggar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori dan Toyota Vellfire di Jalan Persiaran Putra Perdana, Putra Heights, 8 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd. Fairus Jaafar berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian kira-kira pukul 10.53 pagi.

“Kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Pulsar sedang bergerak lurus di laluan tengah dari arah Putra Heights menghala ke One City telah terjatuh selepas dihimpit sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire.

“Mangsa lelaki tempatan berusia 32 tahun, terjatuh di lorong kiri jalan sebelum dilanggar sebuah lori di lorong kiri dari arah yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akibat perlanggaran tersebut, Mohd. Fairus berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurutnya, setakat ini, seramai enam individu telah dipanggil untuk diambil keterangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN