fbpx
Seorang pelajar tingkatan satu maut manakala rakannya cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta dipandu pemandu wanita yang dipercayai tertekan pedal minyak dalam kejadian di hadapan surau sekolah di Kota Bharu, semalam.

Kaji semula SOP kawasan parkir dalam sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai menggesa pihak berwajib khususnya Kementerian Pendidikan (KPM) mengkaji dan menilai semula prosedur operasi standard (SOP) kawasan parkir kenderaan guru serta kakitangan di dalam sekolah bagi meningkatkan tahap keselamatan warga sekolah.

Gesaan tersebut timbul susulan satu kejadian tragis apabila seorang pelajar tingkatan satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta dipandu guru di dalam kawasan sekolah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, dilaporkan sedang memakai kasut di hadapan surau sebelum dirempuh kenderaan terbabit.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Insiden berkenaan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat yang melihat aspek keselamatan di kawasan parkir dan laluan kenderaan dalam sekolah perlu diberi perhatian serius.

Rata-rata mencadangkan agar ruang parkir kenderaan guru tidak lagi bertembung dengan laluan pejalan kaki atau kawasan umum yang menjadi tumpuan pergerakan pelajar dan warga sekolah.

“Sepatutnya laluan kenderaan guru diasingkan sepenuhnya daripada laluan pelajar. Ini kawasan sekolah, bukan tempat kenderaan bebas bergerak tanpa kawalan,” kata Fatini.

Selain itu, terdapat juga cadangan supaya satu pintu khas diwujudkan khusus untuk kenderaan guru keluar masuk kawasan parkir tanpa melalui kawasan utama sekolah yang digunakan pelajar.

“Langkah pengasingan laluan antara kereta guru dan laluan pergerakan pelajar bukan sahaja dapat mengurangkan risiko kemalangan, malah membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat dan teratur,” cadang Haziq.

“Selepas ini KPM perlu pastikan parkir guru dan staf jauh dari kelas dan kawasan aktiviti pelajar,” pesan @cici paci. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN