fbpx
Gambar hiasan.

Pengawal diikat, dua trak pikap JKM lesap awal pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANAH MERAH – Sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau melarikan dua buah trak pikap milik pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanah Merah di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, suspek turut mengikat tangan dan kaki pengawal keselamatan yang bertugas di pejabat berkenaan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati, sekumpulan lelaki yang lengkap bertopeng dan memakai sarung tangan bertindak mengacukan pisau kepada pengawal keselamatan itu.

Katanya, suspek kemudian telah membuka baju sebelum mengikat kaki dan tangan mangsa.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati suspek melarikan dua buah trak pikap milik JKM. Selain itu, suspek turut melarikan dompet, wang tunai RM300, telefon bimbit dan kunci motosikal milik mangsa,” katanya.

Sementara itu, pengarah JKM Kelantan, Che Samsuzuki Che Noh ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan laporan polis sudah dibuat.

“Kita serahkan perkara itu kepada polis untuk siasatan lanjut. Selain itu, JKM akan urut menjalankan siasatan dalaman berhubung kes tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN