fbpx
Gambar hiasan

Wanita diserang sampai kritikal, penuntut universiti ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Seorang wanita terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital sejak tiga hari lalu akibat cedera parah selepas diserang lelaki tidak dikenali pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 34 tahun diserang dengan senjata tajam ketika berada di sebuah apartmen di sini dan keadaannya dilaporkan kritikal, namun stabil.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, susulan kejadian itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang juga penuntut universiti swasta.

Pemuda itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga 16 April ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Setakat ini polis merakam 10 keterangan saksi bagi membantu siasatan.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek bebas mengambil bahan terlarang selain tiada rekod jenayah. Siasatan turut mendapati suspek dan mangsa tidak mempunyai sebarang hubungan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Azroy Amran di talian 014-2723342 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN