fbpx
KAPTEN Selangor FC, Faisal Halim meraikan jaringannya ketika meledak gol pertama perlawanan pada aksi menentang Sabah FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi. - FARIZ RUSADIO

Liga Super: Selangor FC terus kecewa di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Hasrat Selangor FC untuk perkukuhkan kedudukan bagi memburu status naib juara Liga Super tidak kesampaian apabila sekadar seri 1-1 dengan Sabah FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Ini adalah keputusan seri kelima buat pengendali pasukan, Kim Pan-gon dalam semua pertandingan selepas turut terikat 1-1 menentang Kuching City pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia, Ahad lalu.

Selepas mengharungi 21 perlawanan, The Red Giants kini mengumpul 43 mata, berkelebihan satu mata dengan Kuala Lumpur City di tempat ketiga dan tiga mata berbanding Kuching City yang baharu bermain 19 kali.

Terdahulu, aksi 30 minit pertama seakan berat sebelah dengan menyaksikan Selangor FC lebih banyak menguasai permainan sehingga memperoleh gol pertama menerusi Faisal Halim pada minit ke-31.

Bagaimanapun, tiga minit selepas itu Sabah FC segera memberikan reaksi balas apabila serangan pertamanya menerusi Fergus Tierney terus menghasilkan jaringan penyamaan sekali gus menjadikan perlawanan bertambah menarik.

Permainan di separuh masa kedua makin menarik dimana The Rhinos dilihat makin berani untuk mengatur gerakan namun kedua-dua pasukan sering dikecewakan oleh penyudah kurang sempurna.

Mengambil kira satu mata di gelanggang lawan cukup berharga, Sabah FC dilihat mula perkukuhkan benteng pertahanan dan pendekatan itu nyata menghadirkan kesukaran buat jentera serangan tuan rumah. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN