fbpx
MOHAMED KHALED ketika hadir merasmikan Majlis Pelepasan Benih Udang Galah di Sungai Gembut, Kota Tinggi hari ini. Foto oleh MASTURAH SURADI / KOSMO!

Malaysia tunggu keputusan PBB bawa balik 600 anggota UNIFIL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Malaysia masih menunggu jawapan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang penilaian semula peranan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) berikutan konflik yang semakin memuncak antara Israel dan Hezbollah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia menyertai misi UNIFIL sebagai pasukan pengaman dan bukannya untuk terlibat dalam peperangan.

“Apabila kita menghantar pasukan kita menyertai UNIFIL di Lebanon tujuannya ialah sebagai pasukan pengaman antara pihak-pihak yang bertelagah iaitu Israel dan Hezbollah supaya tidak meneruskan perperangan.
“Tetapi hari ini keadaan telah bertukar. Mereka berperang antara satu dengan yang lain dan ia bukannya mandat yang diberikan kepada pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) ataupun pasukan-pasukan lain yang menyertai UNIFIL.

“Itu bukannya mandat yang diberikan. Mandat yang diberikan kepada kita ialah sebagai pasukan pengaman. Dengan demikian senjata-senjata yang kita bawa hanya sebagai pasukan pengaman. Bukan sebagai satu pasukan yang mempunyai kekuatan senjata yang terkesan di tengah-tengah satu perperangan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir merasmikan Majlis Pelepasan Benih Udang Galah di Sungai Gembut, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, atas sebab itulah kerajaan mohon keputusan PBB untuk tentukan bahawa keadaan sudah berubah, kesesuaian pasukan-pasukan ini wajar dipertimbangkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN