fbpx
AARON (kanan) dan Wooi Yik tidak dapat meneruskan kemaraan ke separuh akhir selepas tewas kepada Wei Keng-Wang Chang. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

Terbuka Singapura: Cabaran skuad negara berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil terakhir Malaysia yang tersingkir daripada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura selepas tewas di pusingan suku akhir.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura sebentar tadi, bekas juara dunia itu mengalami kekalahan straight-set 15-21, 15-21 kepada pilihan kelima dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Walaupun turun sebagai pilihan kedua kejohanan, namun Aaron-Wooi Yik tidak dapat menandingi kehebatan bekas pasangan No.1 dunia itu dan terpaksa akur mengalami kekalahan ke-11 kepada gandingan China berkenaan.

Kekalahan dialami Aaron-Wooi Yik menyaksikan tiada lagi kelibat pemain-pemain negara pada kejohanan Jelajah Dunia Super 750 itu selepas beberapa wakil lain terkandas lebih awal.

Turut tersingkir daripada saingan adalah beregu lelaki muda, Aaron Tai-Kang Khai Xing selepas tewas 21-19, 17-21, 13-21 kepada Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy dari India.

Sementara itu, beregu profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut ditunjukkan jalan keluar apabila tewas dalam aksi tiga set 18-21, 21-10, 14-21 kepada pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri.

Nasib juga tidak memihak kepada beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang terpaksa menarik diri ketika berdepan Dhruv Kapila-Tanisha Crasto dari India selepas Ee Wei mengalami kecederaan lutut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN