AMPANG JAYA – Sebuah kenderaan terperangkap dalam kejadian tanah mendap di kawasan tempat letak kereta Ampang Point, di sini, semalam.
Dalam kejadian itu, tindakan pengalihan dan menyelamat kenderaan yang terlibat telah dilaksanakan segera oleh Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi memastikan keselamatan di lokasi kejadian terkawal.
Menurut kenyataan MPAJ, siasatan lanjut akan dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Hasil.
“Tindakan lanjut akan dilaksanakan bagi tujuan pemeriksaan, penilaian struktur serta kerja-kerja pembaikan yang sewajarnya,” katanya.
Sehubungan itu, MPAJ menasihatkan orang awam agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan keselamatan di kawasan terlibat. – KOSMO! ONLINE














