fbpx
Tangkap layar kemalangan membabitkan sebuah ambulans dan dua buah kereta di Jalan Bukit Gambir, hari ini.

5 cedera kemalangan ambulans, kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seramai lima individu mengalami kecederaan dalam kemalangan melibatkan sebuah ambulans dan dua buah kereta di persimpangan lampu isyarat Universiti Sains Malaysia (USM), Jalan Bukit Gambir di sini, hari ini.

Dalam kejadian k ira-kirapukul 11.02 pagi itu, mangsa terdiri daripada pemandu ambulans, tiga pegawai perubatan dan seorang pemandu kereta jenis Perodua Axia yang berusia antara 19 hingga 51 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan berlaku pada pukul 1.06 tengah hari tadi.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu kereta Perodua Axia yang merupakan seorang wanita tempatan berusia19 tahun telah terlanggar dengan sebuah ambulans yang sedang dalam perjalanan menjalankan tugas kecemasan mengambil pesakit.

“Ketika itu, ambulans berkenaan dalam keadaan sedang memasang siren. Impak perlanggaran tersebut menyebabkan ambulans terebut terbabas lalu terlanggar sebuah lagi kereta Proton Saga yang sedang menunggu di lampu isyarat,” katanya di sini, hari ini

Jelasnya, pemandu dan tiga pegawai perubatan mengalami kecederaan ringan manakala pemandu Perodua Axia cedera pada bahagian dada, tulang rusuk dan pinggang.

“Pemandu kereta Proton Saga iaitu lelaki tempatan berusia 65 tahun yang merupakan pemandu e-hailing dilaporkan tidak mengalami kecederaan,” tambahnya dengan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN