fbpx
Mohd. Khalid pada sidang akhbar di ibu negara hari ini.

Op hazard 3.0: Sindiket e-waste haram lumpuh, rampasan cecah RM582 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan rangkaian sindiket pemprosesan e-waste haram melalui Op Hazard 3.0 yang dilancarkan bermula pada 6 April lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, Op Hazard 3.0 menyaksikan nilai rampasan dan sitaan melebihi RM582 juta, sekali gus memberi tekanan hebat kepada pemain industri haram terlibat.

“Seramai 868 individu diperiksa dan daripada jumlah tersebut, 515 individu ditangkap atas pelbagai kesalahan melibatkan warga tempatan serta pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia antara 16 hingga 70 tahun.

“Aktiviti ini bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah berpotensi mencetuskan pelbagai implikasi serius termasuk ancaman terhadap kesihatan awam, pencemaran alam sekitar serta penglibatan elemen jenayah lain seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kewujudan pasaran gelap,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Khalid berkata, Op Hazard 3.0 dilaksanakan secara bersepadu di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan 110 lokasi sasaran.

Menurut beliau, seramai 2,147 pegawai dan anggota digerakkan dalam operasi itu, merangkumi 1,429 pegawai dan anggota PDRM serta 718 anggota agensi kerajaan lain.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 42 premis yang diserbu berstatus kilang haram yang dikesan menjalankan aktiviti pemprosesan sisa elektronik (e-waste),” katanya.

Tambah beliau, dua kertas siasatan dibuka oleh PDRM melibatkan pembekuan tujuh akaun individu dan syarikat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 bernilai RM670,000.

Kata beliau, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pula membuka 24 kertas siasatan bagi menjejak sebarang ketirisan hasil dan pelanggaran undang-undang percukaian.

Ujar beliau, Op Hazard kali ini turut menyaksikan pengeluaran 144 kompaun oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bernilai lebih RM110,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN