fbpx
Gambar hiasan.

Kuota 6,000 liter subsidi diesel bas ekspres hanya bertahan 20 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kuota Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) sebanyak 6,000 liter sebulan yang diterima pengusaha bas ekspres di Kelantan hanya bertahan selama 20 hari berikutan kebanyakan stesen minyak dipercayai mencatu penjualan bahan api itu bermula minggu ini.

Pengerusi Eksekutif E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail berkata, ekoran itu pihaknya terpaksa membeli diesel pada harga pasaran sebanyak RM6.72 seliter.

“Kuota itu hanya bertahan 20 hari. Baki 10 hari lagi, kami terpaksa membeli diesel RM6.72 seliter. Masalah bertambah serius apabila berlaku catuan di stesen minyak memaksa bas berhenti berkali-kali bagi perjalanan jauh seperti Kota Bharu-Kuala Lumpur,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri syarikat itu di sini hari ini.

Che Ibrahim memerlukan campur tangan segera daripada kerajaan bagi memastikan operasi berjalan lancar, terutama bagi menampung permintaan orang ramai pulang ke kampung sempena Aidiladha.

Mengulas lanjut, beliau berkata, situasi itu bukan sahaja dijangka menjejaskan jadual perjalanan, malah berpotensi menyukarkan ribuan pengguna yang bergantung kepada pengangkutan awam untuk pulang ke kampung.

Selain itu, penggunaan fleet card untuk SKDS yang terhad kepada jenama tertentu turut menyukarkan operasi apabila stesen minyak kehabisan bekalan.

“Tambang bas kekal dikawal kerajaan sejak tahun 2008 walaupun kos operasi meningkat secara mendadak menyebabkan margin keuntungan pengusaha kini negatif.

“Kos tambahan diesel sahaja boleh mencecah RM10,000 sebulan bagi sebuah bas jadi syarikat besar menanggung (kos) ratusan ribu ringgit sebulan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN