DI sebalik kehebatan sesebuah filem aksi yang meraih pujian khalayak, hakikatnya terdapat pekerja belakang tabir yang memberi sumbangan besar kepada keseluruhan penerbitan sehingga mampu memenuhi ekspektasi kaki wayang. Individu dimaksudkan itu dipanggil pelakon lagak ngeri atau stuntman dan pelakon pengganti (stunt double) yang banyak melakukan babak berbahaya serta menjadi pengganti kepada aktor mahupun aktres. Berbeza dengan pelakon lain, kelompok stuntman atau stuntdouble lebih terdedah kepada risiko kecederaan berikutan aksi mencabar dilakukan yang memerlukan kemahiran tinggi. Andai tersilap langkah atau tidak…














