fbpx
HARIMAU Malaya masih mengintai peluang memburu khidmat pemain warisan biarpun dipalit isu pemalsuan dokumen sebelum ini.

Masih perlukan pemain warisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD kebangsaan wajar terus ‘membuka pintu’ buat tonggak warisan menyarung jersi Harimau Malaya, tetapi mereka perlu disemak supaya mereka benar-benar ‘asli’ berdarah kacukan Malaysia.

Pandangan itu disuarakan oleh bekas tonggak Harimau Malaya, Razman Roslan yang menyifatkan langkah untuk mencari pemain berdarah warisan sudah menjadi tradisi di peringkat antarabangsa.

“Secara peribadi, kalau ada pemain berdarah warisan (baharu) untuk hadir (menguatkan Harimau Malaya), saya rasa tiada masalah kerana negara-negara besar pun buat benda yang sama.

“Cuma, kalau boleh kita nak yang betul-betul ada (darah kacukan Malaysia), jika tiada, saya percaya kita masih ada ramai pemain lokal yang berkualiti.

“Mungkin keputusan (perlawanan) tidak sama jika kita gunakan seratus peratus pemain tempatan.

“Namun, situasi ini bagus kerana memberi gambaran bahawa mereka yang lahir di peringkat akar umbi ada peluang untuk mewakili skuad kebangsaan,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan skuad Harimau Malaya masih lagi mencari pemain berdarah kacukan selepas dikaitkan dengan beberapa tonggak muda kelahiran England.

Antara yang dikaitkan bakal dengan skuad negara kendalian Peter Cklamovski adalah bekas pemain akademi Arsenal, Josh Robinson selain tonggak remaja West Ham, Harry Montague.

Selain pemain warisan, beberapa tonggak import yang beraksi dalam kancah Liga Malaysia juga berpotensi untuk dinaturalisasikan seperti Bergson da Silva, Giancarlo Galliafuco dan Alex Agyarkwa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN