WASHINGTON – Konflik Israel-Hezbollah di Lubnan tidak merangkumi perjanjian gencatan senjata sementara antara Washington dan Tehran, kata Presiden Donald Trump semalam selepas Lubnan dibedil oleh serangan udara Israel, lapor laman berita Arab News.
“Mereka (Hezbollah) tidak termasuk dalam perjanjian ini.
“Ini akan diuruskan juga. Ini adalah pertempuran yang berasingan,” kata Trump kepada badan penyiaran awam PBS.
Iran bagaimanapun bertegas bahawa Lubnan dilindungi oleh perjanjian gencatan senjata tersebut, menandakan perbezaan utama berhubung persetujuan rapuh Tehran-Washington untuk menamatkan konflik tersebut.
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata, perang Israel terhadap Hezbollah di Lubnan mesti berakhir sebagai sebahagian daripada perjanjian sama.
“Dunia menyaksikan pembunuhan beramai-ramai di Lubnan.
“Bola kini di gelanggang Amerika Syarikat dan dunia sedang memerhatikan sama ada Washington akan bertindak atas komitmennya,” kata Araghchi di platform X. – AGENSI














