fbpx
KPDN merampas 288 kg peket minyak masak di sebuah premis di Kampung Sungai Limau, Baling pada Ahad lalu.

Padah simpan 288 peket minyak masak goreng kerepek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Tindakan seorang lelaki menyimpan 288 peket minyak masak polibeg satu kilogram (kg) dipercayai untuk menggoreng kerepek membawa padah apabila sebuah rumah di Kampung Sungai Limau, di sini diserbu penguat kuasa pada Ahad lalu.

Serbuan ke atas premis memproses makanan ringan itu dilakukan oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Baling kira-kira pukul 11 pagi hasil risikan selama seminggu susulan aduan awam.

Pengarah KPDN negeri, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, pemeriksaan di rumah tersebut menemukan sejumlah minyak masak yang dipercayai digunakan bagi tujuan menggoreng kerepek.

“Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun yang mengaku sebagai pemilik premis gagal mengemukakan permit atau kebenaran pengawal bekalan untuk menyimpan minyak masak berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan pihaknya bertindak menyita kesemua 288 peket minyak masak yang dianggarkan bernilai RM720.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN