fbpx
Kenderaan SUV yang membawa anak perempuan Tun Daim Zainuddin, Asnida tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Anak perempuan Tun Daim tiba di SPRM untuk beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Anak perempuan Tun Daim Zainuddin, Asnida tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kira-kira pukul 9.50 pagi tadi.

Beliau tiba dengan menaiki sebuah kereta utiliti sukan (SUV) dipandu seorang lelaki.

Sebelum itu, turut tiba di Ibu Pejabat SPRM adalah dua peguam Asnida.
Bagaimanapun, tiga lagi anak Tun Daim, Md. Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin belum lagi kelihatan.

Media sebelum ini melaporkan, empat anak bekas Menteri Kewangan, Allahyarham diarahkan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Keempat-empat mereka dijangka memberi keterangan kepada SPRM susulan notis rasmi yang diserahkan SPRM berkaitan perisytiharan aset.

Sebelum ini, SPRM menyerahkan Notis Kesan Individu ke atas empat anak Allahyarham Daim susulan kegagalan mereka memberi maklum balas dan ketidakpatuhan terhadap dua notis rasmi berkaitan perisytiharan aset. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN