fbpx
RASA tertipu, Sarah Yasmine menuntut Bella dan Didi memenuhi janji yang belum dilunaskan sejak dua tahun lalu.

‘Saya telan segalanya demi menyelamatkan anda, bila mahu tepati janji?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, pempengaruh sensasi Sarah Yasmine menuntut penjelasan daripada penyanyi Bella Astillah dan adiknya, Didi Astillah berhubung satu janji yang didakwa belum ditunaikan sejak dua tahun lalu.

Sarah, 26, meluahkan rasa kecewa selepas sekian lama berdiam diri demi menjaga reputasi serta kesejahteraan keluarga Bella dan Didi namun dua beradik itu tidak mengambil sebarang tindakan menafikan dirinya seorang penyondol.

“Saya cuma nak tanya, bila anda berdua nak tepati kata-kata dan janji yang diberikan kepada saya? Dah dua tahun saya menunggu.

“Kalau anda boleh beritahu mak saya depan-depan yang saya bukan seorang penyondol, kenapa anda tidak nyatakannya secara terbuka sepanjang dua tahun ini?

“Saya sudah terlalu lama berdiam diri. Saya telan segalanya, saya menerima kecaman, ugutan, semuanya semata-mata untuk menyelamatkan anda,” katanya dalam hantaran Threads.

Tegasnya, tindakan tersebut diambil atas dasar simpati terhadap anak-anak Bella, namun kini dia mula mempersoalkan nasib anak-anaknya sendiri yang turut menerima tempias negatif.

“Saya lakukan apa yang saya lakukan bukan sahaja demi anda tetapi demi kesejahteraan anak-anak anda.

“Habis itu, bagaimana pula dengan anak-anak saya? Penghinaan yang diterima sangat nyata dan kini semakin melampau.

“Jadi, kenapa anda masih tidak bertindak apa-apa demi anak-anak saya?,” luahnya lagi.

Lebih panas, Sarah memberi peringatan buat Bella dan Didi agar tampil membersihkan namanya sebelum dia bertindak di luar jangkaan.

“Saya sudah penat dengan semua ini dan saya muak hidup dalam penipuan sebegini.

“Sama ada anda berdua akhirnya beritahu kebenaran seperti mana yang anda beritahu mak saya pada hari saya lakukan apa yang anda minta (hari di mana saya berada di KL bersama mak saya semata-mata untuk bercakap dengan anda) atau saya sendiri yang akan mendedahkannya demi masa depan anak-anak saya,” tegasnya.

Terdahulu, nama Sarah menjadi bualan hangat selepas dia tampil mengaku kekasih kepada penyanyi, Aliff Aziz.

Sejak itu, dia kerap berkongsi tangkap layar perbualan dipercayai antara Aliff dan seorang wanita dikenali sebagai NRF menerusi Instagram miliknya.

Rentetan daripada pendedahan itu, Bella dan Aliff bercerai talak satu pada 13 Jun 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN