fbpx
MOHAMMED FADIL berpakaian kemas untuk menghadiri sesi viva UUM secara dalam talian dari Gaza, Palestin pada 3 Februari lalu.

Sijil PhD tak dapat, ada tunggakan yuran RM4,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang rakyat Palestin yang berjaya menamatkan pengajian doktor falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM) kini berdepan cabaran untuk memperoleh sijil rasmi apabila didakwa masih mempunyai tunggakan yuran pengajian sebanyak RM4,800.

Mohammed Fadil Hussein Elmassarey, 41, yang kini berada di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, Palestin, gusar apabila tidak mampu menjelaskan tunggakan itu selepas kehilangan hampir segala harta ekoran peperangan.

“Masalah saya ialah untuk mendapatkan PhD yang mana saya perlu melangsaikan semua yuran tertunggak seba­nyak RM4,800.

“Tunggakan ini berlaku disebabkan peperangan dan ketidakupayaan untuk membayar kerana pekerjaan kami terhenti dan simpanan hilang,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Penuntut UUM itu berjaya menamatkan sesi viva PhD Keusahawanan UUM secara dalam talian pada 3 Februari lalu, lulus dengan pembetulan kecil bagi tesis bertajuk Entrepreneurship Education On Entrepreneurial Success: The Role of Mentoring and Political Uncertainty in the Gaza Strip-Palestine.

Ujarnya, dia sebelum ini menerima tajaan Biasiswa Antarabangsa Malaysia (MIS) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), namun disebabkan beberapa penangguhan pengajian sepanjang konflik menyebabkan tajaan terhenti.

“Harapan saya adalah supaya tunggakan ini dapat diselesaikan bagi membolehkan saya mendapatkan sijil PhD. Pelajaran dan ilmu ini penting untuk saya bantu membangunkan semula Gaza,” katanya.

Jelasnya, dia mahu menggunakan ilmu dalam bidang keusahawanan untuk membina semula ekonomi Gaza dan mendidik generasi baharu bahawa ilmu pengetahuan adalah bentuk kekuatan untuk membina masa depan.

Sementara itu, Mohammed Fadil berkata, menghadiri sesi viva dari zon konflik merupakan pengalaman yang hampir sukar dipercayai.

Perjalanan akademiknya bermula pada 2021 sebelum menjejakkan kaki ke Malaysia pada 2022, kemudian kembali ke Gaza sebelum tercetus konflik besar pada Oktober 2023.
Rumah keluarganya musnah sepenuhnya, namun dia sempat menyelamatkan sebuah komputer riba untuk

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN