fbpx
Reichman menggunakan gambar yang kelihatan amat berbeza dengan wajahnya (kanan). - Majlis Perbandaran Rotterdam

Ahli politik dipecat kerana guna gambar AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROTTERDAM – Seorang ahli majlis pihak berkuasa tempatan di Belanda dipecat selepas menggunakan foto dirinya yang didakwa disunting menggunakan kecerdasan buatan (AI) sebagai gambar pencalonannya, lapor laman berita Oddity Central.

Gambar itu memaparkan Patricia Reichman, 59, kelihatan amat muda daripada usia sebenarnya sehinggakan orang ramai menyifatkannya seperti gambar individu lain.

Bagaimanapun, Reichman menegaskan bahawa gambar itu tidak disunting menggunakan AI, sebaliknya ia adalah dirinya sebenar.

“Gambar digunakan dalam akhbar beresolusi terlalu rendah, jadi saya menggunakan perisian online cuma untuk meningkatkan kiraan piksel,” kata Reichman kepada akhbar Algemeen Dagblad. 

“Namun, ia benar-benar gambar saya, itulah saya sebenarnya. Saya kelihatan sedikit berbeza pada masa itu tetapi ia disebabkan oleh ubat yang saya ambil,” jelasnya.

Bagaimanapun, parti politik diwakili Reichman, Leefbaar Rotterdam dalam satu kenyataan berkata, gambar itu jelas telah disunting secara digital. Justeru, ia meminta Reichman untuk meletak jawatan tetapi beliau enggan. 

Mereka tidak mempunyai pilihan selain memecat wanita tersebut dengan berkata: “Apabila maklumat yang diberikan semasa temu duga kerja terbukti tidak selaras dengan realiti, tiada asas kepercayaan untuk terus bekerjasama.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN