fbpx
Mohamad Suparadi (tengah) semasa hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Cabang PKR Pasir Puteh di pekarangan Dewan PPD Lama di Pasir Puteh. Foto TOREK SULONG

Kenaikan harga minyak global berisiko jejaskan nilai eksport getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Nilai eksport produk getah dijangka sedikit terjejas susulan kekangan penghantaran bahan mentah dan produk siap ke luar negara sekiranya situasi kenaikan harga minyak global berlarutan.

Pengerusi Majlis Getah Malaysia (MRC), Datuk Seri Mohamad Suparadi Md. Noor berkata, keadaan tersebut boleh memberi kesan kepada keseluruhan nilai eksport industri getah negara.

Menurutnya, walaupun eksport terjejas, harga getah di pasaran berpotensi meningkat yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada pekebun kecil.

“Apabila harga petroleum meningkat, lazimnya harga getah turut mengalami kenaikan. Ia memberi sedikit kelegaan kepada pekebun kecil kerana pendapatan mereka boleh bertambah.

“Bagaimanapun, jika kita tidak dapat mengeksport produk getah ke luar negara, kenaikan harga itu juga tidak memberi manfaat sepenuhnya kepada industri,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pasir Puteh di pekarangan Dewan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lama di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN