fbpx
ANWAR bersalaman dengan Ahli PKR ketika hadir ke Konvensyen Keadilan Johor di Ekoflora, Johor Bahru hari ini.

Ketua Cabang, Wanita atau Pemuda belum tentu terpilih jadi calon – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Semua cabang parti PKR khususnya di Johor diingatkan untuk menggerakkan kekuatan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedudukan sebagai ketua cabang mahupun ketua wanita atau Pemuda bukan jaminan akan terpilih sebagai calon pada PRU.

Beliau menegaskan tidak akan menandatangani memorandum selagi kekuatan cabang belum cukup kemas berdepan PRU.

“Tak ‘perform’ di cabang, jangan buat tuntutan. Kita banyak pengalaman yang merajuk, nak bantah, nak keluar, isu semua kita sudah lalui, yang jadi tunggaknya dan keputusan akhir adalah kekuatan sokongan.

“Bila nak PRU, bicaranya hebat, teorinya banyak, strateginya canggih tapi kekuatan bawah gambar. Justeru, diingatkan supaya gerakkan kekuatan parti.

“Ketua cabang bukan calon automatik calon, ketua wanita, ketua pemuda juga bukan, tapi yang automatik jadi calon itu, mereka bekerja, berdedikasi dan mampu menangkan parti,” katanya ketika berucap Konvensyen Keadilan Johor di Ekoflora di sini hari ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu mengingatkan semua Ahli parti agar tidak terlalu selesa setelah menjadi kerajaan sebaliknya terus kuat memperkukuh sokongan parti.

Justeru, katanya, setiap ahli perlu tunjuk keihklasan dan komitmen kerja yang tinggi dalam membina kekuatan khususnya di peringkat akar umbi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN