fbpx
Poster yang dimuat naik di akaun Instagram Sumud Nusantara.

Sumud Flotilla 2.0: Panggilan terakhir untuk doktor, jururawat, EMT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Global Sumud Flotilla (GSF) membuka peluang terakhir kepada warga perubatan Malaysia yang berkelayakan untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.

Sumud Nusantara dalam hantaran di Instagram berkata, panggilan itu khusus ditujukan kepada pegawai perubatan, jururawat terlatih serta paramedik atau Juruteknik Perubatan Kecemasan (EMT) bagi menyokong operasi kemanusiaan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, semua sukarelawan yang terpilih diwajibkan berada di Barcelona pada 10 April ini bagi menghadiri sesi taklimat serta permulaan operasi.

“Kami memahami komitmen tugas anda di tanah air. Oleh itu, pihak Sumud Nusantara sedang berusaha mendapatkan kelulusan pelepasan tugas khas bagi kakitangan KKM melalui saluran Pejabat Perdana Menter
(PMO),” katanya.

Pihak penganjur turut menyeru warga perubatan yang layak agar tampil segera menyertai misi tersebut memandangkan masa kini amat kritikal dalam usaha menyelamatkan nyawa.

Orang ramai yang berminat diminta mengisi borang pendaftaran segera menerusi pautan registration.globalsumudflotilla.org.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung logistik dan teknikal boleh diajukan kepada Puan Aida di talian 014-725 5114.

Terdahulu, Pegawai Strategik Sumud Nusantara, Haikal Luqman Zulkefli memaklumkan kira-kira 3,000 sukarelawan dari seluruh dunia akan menyertai misi kemanusiaan GSF 2.0 bagi menghantar bantuan ke Palestin.

Menurutnya, misi berkenaan dijadual bermula pada 12 April ini dengan penglibatan hampir 150 kapal yang akan belayar secara serentak bermula dari Itali sebelum singgah di beberapa negara lain sebelum menuju ke Gaza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN