fbpx
QUARTARARO mendedahkan bahawa Yamaha masih belum menemui pelarasan terbaik enjin V4 baharu milik mereka. - AFP

MotoGP: Quartararo mahu Yamaha ‘sedar diri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AUSTIN, Texas – Juara dunia MotoGP 2021, Fabio Quartararo mendesak agar Yamaha berhenti membuat perbandingan antara enjin V4 dan inline-four milik mereka sebaliknya memberi tumpuan kepada realiti prestasi semasa yang semakin ketinggalan.

Pelumba kelahiran Perancis itu percaya adalah lebih baik sekiranya Yamaha dapat melihat sendiri bahawa jentera mereka kini lebih perlahan di litar yang sebelum ini menjadi kekuatan pasukan itu seperti Jerez.

Musim pertama Yamaha menggunakan enjin V4 sepenuhnya pada jentera M1 bermula dengan langkah kiri, menyaksikan perkembangan yang sangat minimum berbanding penampilan ‘wildcard’ mereka tahun lalu.

Selepas tiga pusingan, Quartararo muncul pelumba terbaik Yamaha dengan hanya mengumpul enam mata, manakala pengeluar Jepun itu sekadar meraih sembilan mata dalam kedudukan pengeluar.

Situasi itu juga hadir di tengah spekulasi masa depannya dengan juara dunia 2021 itu dijangka menyertai Honda musim depan walaupun masih percaya terhadap projek jangka panjang Yamaha.

“Saya fikir, sama ada cuaca panas atau hujan, saya tidak pasti mana lebih baik, tetapi paling penting kita perlu berhenti membuat perbandingan masa sepusingan.

“Di sesi kelayakan, kami mungkin setengah saat lebih laju berbanding tahun lalu, tetapi pasukan lain meningkat hampir satu saat.

“Jadi, pasukan sepatutnya melihat kami sebenarnya lebih perlahan di litar seperti Jerez dan Le Mans supaya jurutera benar-benar faham situasi sebenar,” kata Quartararo.

Yamaha sebelum ini sering membandingkan catatan masa jentera V4 baharu dengan enjin ‘inline-four’ bagi menunjukkan ada peningkatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN