fbpx
BELLA dan Syed Saddiq kini menjadi pasangan yang paling disayangi rakyat Malaysia.

Bella, Syed Saddiq, siapa kuat merajuk?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MESKI sudah lebih seminggu bertunang, cerita tentang Bella Astillah dan Syed Saddiq masih rancak menjadi bahan bualan ramai dalam media sosial.

Terbaharu, tular video mereka bermain kuiz menjawab beberapa soalan mengenai sifat antara satu sama lain.

Antara yang paling mencuri perhatian apabila Syed Saddiq menjawab Bella banyak membantunya menyelesaikan masalah ketika ditanya soalan ‘siapa problem solver?’

“Bella pun banyak selesaikan masalahlah. Baiklah, kita berdua (penyelesai masalah). Bila bergandingan, masalah dunia dan negara boleh diselesaikan,” jawab Ahli Parlimen Muar berkenaan.

Gelagat Syed Saddiq dalam video tersebut membuatkan ramai terhibur selain berpendapat mereka sama-sama beruntung kerana dipertemukan jodoh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN