fbpx
MAJLIS pecah tanah WtE Sungai Udang, Melaka disempurnakan oleh Nga Kor Ming bersama Ab. Rauf hari ini.-Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Krisis sumber tenaga, kerajaan percepatkan pembinaan WtE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Ketegangan di Selat Hormuz yang menjejaskan laluan kira-kira 20 peratus bekalan minyak dan gas dunia mendorong kerajaan mempercepatkan peralihan kepada tenaga alternatif, termasuk pelaksanaan projek Loji Waste-to-Energy (WtE) di Sungai Udang di sini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pelaksanaan projek Loji WtE bernilai RM660 juta itu merupakan langkah strategik bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber tenaga konvensional yang tidak menentu ketika ini.

“Konflik yang tercetus antara Amerika Syarikat dan Iran telah menyebabkan gangguan serius di Selat Hormuz yang merupakan nadi utama penghantaran tenaga dunia.

“Selat ini mengendalikan kira-kira 20 peratus bekalan minyak dan gas global, maka sebarang ketidakstabilan di sana mencetuskan kesan rantaian yang amat besar terhadap pasaran tenaga antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Loji WtE Sungai Udang yang disempurnakan bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh di sini, hari ini.

Menurutnya, pembangunan loji tersebut bukan sahaja memperkukuh agenda tenaga boleh diperbaharui negara, malah menjadi penyelesaian jangka panjang kepada isu pengurusan sisa pepejal.

“Projek ini dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2029, sekali gus membantu mengurus sisa pepejal secara lebih sistematik dan mesra alam.

“Ia juga mampu menjana tenaga boleh baharu serta mengurangkan pelepasan karbon secara signifikan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN