fbpx
AARON CHIA dan Soh Wooi Yik sudah dianggap selamat untuk dipilih menyertai skuad Piala Thomas negara.

BAM letakkan syarat ketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) kini dalam fasa akhir untuk membentuk skuad paling ampuh bagi menamatkan kemarau panjang kejuaraan Piala Thomas, dengan meletakkan syarat ketat terhadap setiap pemain yang berada dalam radar pemilihan.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky menegaskan bahawa setiap pemain perlu menunjukkan tahap kesediaan sekurang-kurangnya 90 peratus sebelum nama mereka dimuktamadkan dalam senarai akhir.

Tuntutan itu hadir ketika skuad negara sedang giat mempersiapkan diri bagi menghadapi saingan Piala Thomas 2026 yang dijadualkan berlangsung di Horsens, Denmark, bermula 24 April hingga 3 Mei ini.

“Bagi pemain yang memang ada kemungkinan untuk masuk ke dalam pasukan, mereka harus membuktikannya. Itu sahaja yang saya minta. Jika sudah berada di tahap 90 peratus, mereka perlu kekal fokus sehingga ke Piala Thomas,” katanya.

Sesi latihan tersebut menyaksikan kehadiran 18 daripada 20 pemain yang disenaraikan, manakala jaguh perseorangan profesional, Lee Zii Jia dan pemain wanita, Goh Jin Wei tidak hadir kerana dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan kecederaan.

Bagi memantapkan lagi persiapan pasukan, Rexy memaklumkan skuad negara akan berlepas lebih awal ke Herning, Denmark untuk menjalani kem latihan pusat selama tujuh hingga lapan hari dalam persekitaran yang lebih tenang.

“Di sana nanti kita akan lebih memuktamadkan persiapan. Kita mahu pasukan menjadi lebih baik sebelum kita turun ke medan sebenar,” jelas legenda badminton Indonesia itu.

Rexy membayangkan Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang akan berlangsung 7 hingga 12 April ini di Ningbo, China bakal menjadi medan penting untuk menilai prestasi semasa pemain sebelum keputusan muktamad dibuat.

Tumpuan juga terarah kepada kem beregu apabila kedudukan pasangan profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan beregu muda, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King masih menjadi tanda tanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN