fbpx
HARIMAU Malaya memiliki tugas baharu apabila perlu kembali mendaki kedudukan ranking selepas isu yang melanda menyebabkan ranking menjunan teruk. - FB MALAYSIA NT

Harimau Malaya ada tugas baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEMULIHKAN keyakinan peminat terhadap Harimau Malaya menjadi perkara yang perlu dijadikan keutamaan ketika ini selepas bola sepak negara dipalit isu besar besar hingga menyaksikan penurunan ranking dunia.

Walaupun agak perit untuk menerima apa yang melanda negara, semua pihak berkepentingan tetap harus menjadikannya sebagai titik tolak kepada kebangkitan semula pasukan kebangsaan.

Pemerhati bola sepak tempatan, Profesor Madya Dr. Zulakbal Abd Karim berkata, perkara paling penting adalah memberikan fokus terhadap usaha untuk kembali melonjakkan kedudukan ranking.

“Sekarang bukan lagi masa untuk kita meratapi kerana benda sudah jadi dan sekarang kita kena mula merangka pelan jangka masa panjang. Usah tambah garam lagi ke atas luka yang kita hadapi.

“Selepas apa yang berlaku, ini adalah tempoh dan peluang untuk kembali mendapatkan keyakinan peminat selepas apa yang berlaku. Benda sudah jadi dan kita sudah pun terima hukuman.

“Jadi sekarang kita guna apa saja peluang yang kita ada, sekurang-kurangnya baiki ranking kita,” katanya.

Terdahulu, harapan peminat untuk melihat skuad negara bermain di Piala Asia, tahun depan lebur apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenakan hukuman dengan membatalkan kemenangan ke atas Nepal dan Vietnam susulan isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan.

Kekalahan 1-3 kepada Vietnam dalam aksi terakhir Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027, Selasa lalu juga mengakibatkan Harimau Malaya kini berada di tempat 138 dunia dalam kedudukan semasa ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ketika ini Harimau Malaya perlu memberikan fokus terhadap persiapan bagi menghadapi saingan Piala ASEAN FIFA yang bakal berlangsung pada September nanti.

Keputusan positif pada kejohanan itu nanti mampu membuka peluang untuk skuad negara kembali melonjakkan kedudukan dalam ranking FIFA selepas merudum 17 anak tanggak berbanding Januari lalu dan sebahagian besarnya berpunca daripada hukuman FIFA.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN