fbpx
Poster antara langkah kerajaan dalam menghadapi cuaca panas yang dikongsi Ahmad Zahid, hari ini.

Kerajaan perkasa kesiapsiagaan hadapi peralihan monsun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan meningkatkan tahap kesiapsiagaan di seluruh negara susulan cuaca panas melampau yang melanda beberapa kawasan ketika fasa peralihan monsun, dengan suhu dijangka mencecah antara 35 hingga 40 darjah Celsius.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, situasi tersebut tidak boleh dipandang ringan kerana ia memberi tekanan kepada sumber air, sektor pertanian serta kehidupan harian rakyat, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, arahan telah dikeluarkan bagi memperkasa kesiapsiagaan di peringkat negeri termasuk mengaktifkan Pusat Kawalan Bencana Negeri.

“Langkah ini penting bagi memastikan setiap keputusan yang diambil adalah berasaskan data dan maklumat semasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan beberapa tindakan segera sedang dilaksanakan termasuk penghantaran bekalan air kecemasan ke kawasan terjejas.

Selain itu, Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilaksanakan di Perak, Kedah, Perlis dan Johor bermula 6 hingga 9 April ini bagi membantu meningkatkan paras takungan empangan yang semakin menurun.

“Keutamaan kerajaan adalah memastikan setiap bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan termasuk kumpulan berpendapatan rendah, warga emas, petani kecil serta komuniti yang bergantung kepada sumber air tempatan,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai agar menggunakan air secara berhemah dan sentiasa peka terhadap arahan pihak berkuasa.

“Dengan kerjasama semua pihak, kita mampu mengharungi cabaran ini dengan lebih teratur dan berkesan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN